Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat.
Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknanya akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.
Sebagai Contoh :
Abang angkat – Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri.
Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu orang lain .
Abu Jahal – Orang yang jahat.
Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.
Ada bakat -mempunyai kebolehan.
Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan tertentu.
Ada Hati – Mempunyai keinginan
Ada Jalan - Mempunyai Cara
Ada Perangai – Ada tingkah laku yang kurang baik.
Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.
Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada kuasa
Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang lain supaya berpecah belah.
Adu Kening – Diperhendapkan atau diketemukan.
Air Bujang – Hidangan minuman sahaja tanpa kuih
Air Emas – Sesuatu yang diingati selama-lamanya
Air mati -Air kosong yang sudah dimasak
Air Muka- Wajah atau nama baik
Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh
Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah dan muslihat
Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea
Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat
Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk menahan daripada lapar
Ambil Angin – Bersiar-siar
Ambil Berat – Mengambil Tahu
Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Anak Gahara – Anak raja daripada pemaisuri.
Bau-bau bacang - Pertalian keluarga yang jauh.
Beralih akal – Berubah fikiran atau pendapat.
Beralih angin – Bertukar tempat, ke suatu tempat untuk berehat.
Bergadai nyawa – Sanggup memberhayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu.
Berhati batu – Bersifat degil, tidak berasa kasihan .
Berhati waja – Tidak mudah kecewa.
Bermuka dua – Tidak jujur @ belot.
Bertikam lidah – Bertengkar @ berdebat.
Buah Mulut – Perkara yang menjadi sebut-sebutan.
Bulat Hati – Ikhlas , tetap hati dan bersungguh-sungguh.
Buruk Siku – Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.
Campur Tangan – Turut serta dalam urusan orang lain.
Cepat Tangan – Suka mencuri.
Dalam Tangan - Pasti perolehi.
Darah daging – Anak kandung.
Daya Fikir – Kekuatan Fikiran.
Gaji buta – Gaji yang diterima dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh.
Gila Bahasa – Kurang waras fikirannya.
dan banyak lagi..mari memartabatkan Bahasa Melayu kita~!
Friday, 2 December 2011
Thursday, 1 December 2011
Keistimewaan dan Keunikan Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu adalah bahasa termudah sekali bahkan lebih mudah dari bahasa Arab. Hal ini telah disahkan oleh warga asing yang mempelajari bahasa ini.
2. Bahasa Melayu adalah bahasa yang kedua terindah sesudah Bahasa Arab Al-Quran. Ini disebabkan bahasa kita adalah bahasa puitis terutamanya ketika bermadah. terserlah keindahan bahasa kita.
3. Bahasa Melayu adalah bahasa tersopan sekali. bahasa kita telah dibina sekian lama untuk tujuan ini. seorang pakar bahasa menyatakan bahasa kita ini telah mengalami evolusi yang panjang sehingga terbentuk suatu bahasa yang indah dan sopan.
4. Bahasa Melayu dibina dengan dua jenis tulisan yang membantu perkembangan Islam di zaman Imam Mahdi iaitu tulisan jawi untuk kegunaan orang Islam dan tulisan rumi bagi bukan Islam.
5. Bahasa Melayu telah menjadi Lingua franca masyarakat nusantara walaupun di nusantara banyak bahasa yang dituturkan namun bahasa Melayu dipilih sebagai penyatu bangsa nusantara ini.
6. Bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang banyak hinggakan penuturnya sendiri tidak mengetahui kesemua kosa kata bahasa mereka.
7. Bahasa Melayu adalah bahasa banyak pengertian. sesuatu ayat boleh mempunyai pelbagai maksud mengikut keadaan. oleh yang demikian Bahasa Melayu dipilih untuk mengungkapkan isi Al-Quran yang mempunyai pelbagai lapisan makna itu.
8. Bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa bukan penjajah yang mempunyai bilangan penutur yang ramai. jika dilihat bahasa Mandarin dan Hindi ramai yang menuturkannya kerana orang cina dan india ramai. Bahasa Perancis, Jerman,, Rusia, Sepanyol, Inggeris, dan Portugis adalah bahasa bangsa penjajah. Bahasa Arab pula banyak dituturkan kerana perkembangan Islam. Hanya Bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang ramai tanpa sebab-sebab tertentu.

Subscribe to:
Posts (Atom)